Feed on
Posts
comments

Archive for December, 2008

Disember 26, 2008 (Jumaat) - Hari ini satu keputusan muktamad perlu dibuat. Sudah tiga hari aku memikirkannya.

Malam sudah tidak seenak untuk bermimpi indah lagi. Penuh rasa resah dan gelisah. Cukup sukar untuk menelan liur sendiri. Rengkung terasa perit dan pahit.

Aku perlu memilih satu antara dua. Benarkannya pergi buat selama-lamanya atau menanggung keperitan azab sepanjang hayat!

Aku [...]

Read Full Post »

(Gambar: Kembara)

Kali ini cuti Christmas saya dan Mat Lan mengambil kesempatan untuk membuat sesi latihan bersama bagi persediaan Kembara Jalanan ke Kuantan yang dijangkakan pada Januari 2009.

Latihan ini penting kerana Mat Lan masih baru  dalam arena pemotoran berat ini.

Mat Lan baru ‘sambar’ jentera pemusnahnya itu hari Sabtu minggu lalu (Kawasaki Ninja 250R). Dan sekarang [...]

Read Full Post »

Di Sebuah Perhentian Bas

Di sebuah perhentian bas saya duduk termenung. Menantikan hujan yang melebat kembali reda sebelum meneruskan perjalanan pulang ke pejabat.
Di sebelah saya seorang mak cik yang separuh umur. Dia tekun memandang beberapa orang gadis di situ.
“Apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang ini?! Tengok tu! Pakaian masing-masing. Eee. Berseluar ketat, berbaju singkat. Pulak boleh nampak bekas seluar [...]

Read Full Post »

Gemuruh Di Jiwa, Semangat Membara, Dari Puncak Ingin Ke Angkasa

`
Keadaan begitu mendesak. Hanya tinggal 7 minit permainan akan tamat. Jika Sekolah Kebangsaan Kahang, Johor tidak dapat mengalahkan pasukan Sekolah Bandar Timur, bermakna tamatlah sudah perjalanannya. Ini juga bermaksud Sekolah Kebangsaan Kahang hanya naib johan.
Tetapi itu bukanlah pilihan terbaik.
Seminggu lalu Cikgu Rahmat memberikan kata perangsang kepada pemain hoki sekolah kami.
“BERJUANG BERSUNGGUH-SUNGGUH! Demi sekolah ini. Demi [...]

Read Full Post »

Siri Cerita Takut: Hantu Di Pokok Jambu Bol

AMARAN:
Anda dilarang membaca entry ini jika anda
1) bawah umur (5thn ke bawah), 2) tidak ditemani, 3) mengandung 4) berpenyakit jantung.
Anda dinasihatkan memegang selimut atau gebar besar!

Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda menggeletar atau tersandar berselibung kengerian. Dan malam anda dihantui oleh tulisan ini.
Antara sintom merbahya yang perlu diawasi ialah jantung berdegup deras dan badan [...]

Read Full Post »

Selamatkanlah Silaturahim Ini!

Telinga terlalu bingit. Bunyian itu tidak henti-henti menyalak. Membikin hatiku panas. Mengelegak-gelegak bagaikan magma larva di gunung berapi.
Setelah beberapa detik akhirnya ia terdiam sendiri. Lega rasanya.
Tetapi keamanan itu berlalu hanya seketika. Kemudian ia kembali membuat kacau.
Hatiku membara semula. Sepantas kilat medula oblaganta melatah lalu mengarahkan tanganku untuk bertindak pantas.
Jerjariku mula merayap. Menuju ke arah bunyian [...]

Read Full Post »

Siri Kembara Jalanan: Bermula Kembara: Bangsar - Kuantan

“Setiap orang ada gilanya masing-masing, dan sekarang gila aku plak ‘menatang’ nih. Ninja 250R Kawasaki. Dalam beberapa hari lagi maka keluarlah ia dari gudang Ah Kok Jalan Pudu. Dan, aku tak sabar nak join ride kawan-kawan motor ‘gemuk’ ni, especially sahabat lama sekampus aku dulu, kau lah Maza. Aku dengar kau nak organised satu trip [...]

Read Full Post »

Selamat Berkorban

`
Lembu, Kerbau, Kambing, Unta, Rusa rela berkorban. Korban mereka dengan nyawa. Dan kita pula mendapat manfaatnya, dari daging, dari pahala, dari keampunan dosa. Mereka menjamin kita untuk syurga!
Takdir mereka mati di hujung parang. Mereka rela sedemikian rupa!
Mereka redha, mereka rela. Mereka sudah pun menunjukkan teladan yang baik! Berkorban apa sahaja untuk Manusia dan demi Allah [...]

Read Full Post »

Siri Moral : Terkuak-kuak

`
Resah, Gelisah, Payah
`
GELISAH sungguh hati Ustaz Syukri.

Kejap-kejap dia keluar dewan kuliah. Kemudian masuk kembali untuk menyambung kuliahnya itu.

Peluh jantan kadang kala bergurau. Masa inilah ia mahu datang. Di dalam kedinginan dewan kuliah ini pula berani ia menerpa.

Tadi mahasiswa yang di hadapannya sedang asyik mendengarkan pembentangan kertas kerja Ustaz Syukri. Dan sememangnya semenjak mula  [...]

Read Full Post »

Bukan Nisan Murano ataupun Nisan Sylvia : Batu Nisan

(Response kepada entry Tie klik sini: Tie)

`

`

Bercakap tentang mati! Mati itu nadinya terhenti. Diam pejam tak bergerak-gerak.
Tapi itu silap. Maksud mati seseorang manusia bukan berakhir begitu sahaja.

Mati yang diperkatakan itu hanya jasad, tidak pada roh. Kita berbeza dengan motorkar atau kapal terbang!

Rasulullah SAW menggalakkan agar kita selalu mengingati mati.

Pernah mendengar satu hadis, [...]

Read Full Post »