Berbahasa Bahasi
January 20, 2009 by mazaaida
Roslan memulakan bicara.
“Cuba kau dengar betul-betul ayat yang aku cakapkan ini. I hendak makan nasi. You sudah makan?”
“Apa yang janggalnya. Aku dengar ok aje!” Arie menyampuk.
“Berbeza Arie. Engkau ingat yang mana satu mat saleh (orang putih) akan cakap dengan kita dalam Bahasa Melayu. ‘I hendak makan nasi. You sudah makan?’ atau ‘Saya hendak makan nasi. Awak sudah makankah?’
“Sepanjang aku kenal mat saleh yang bercakap Melayulah … tak pernah pulak aku dengar dia orang cakap; ‘I hendak makan nasi, You sudah makan?.’ Tapi ‘Saya hendak makan nasi. Awak sudah makankah?’’.” aku cuba melontarkan padangan pula.
Lalu Roslan membalas lagi, “Ha betul tu! Mat Saleh yang belajar atau bercakap bahasa kita, tidak pun menyelitkan kata ganti nama I dan You dalam setiap butir bicara dia orang. Bahkan dia orang sedaya mungkin cuba mengucapkan kata-kata dalam bahasa Melayu yang sempurna.
Tetapi aku pelik dengan bangsa aku sendiri.
Bila bercakap dengan bangsa sendiri, walaupun orang itu bukan kawan rapat, atau Melayu yang tidak pernah dia kenali, dia mudah ‘lupa diri’.
Dia orang cenderung untuk menjahanamkan bahasa ibunda bangsa sendiri. Merosakkan sendi budi perkerti orang-orang Melayu.
Orang-orang kita di bandar besar, bahkan ada juga di kampung sudah ‘tersandung lari akar umbi’ kemudian menggunakan kata ganti nama diri dengan Bahasa Inggeris.
Saya atau aku sudah bertukar menjadi I. Awak atau engkau, mejadi You.
Maka jadilah bahasa rojak hamprak.
Konon dengan menggunakan kata ganti nama itu sudah merubah watak dari Melayu kepada Mat Saleh!
Contohnya kat pejabat kerajaan yang aku singgah semalam, You nak jumpa siapa? Segala urusan dengan Ketua Pengarah, You kenalah melalui I.
Satu hari itu aku pergi ke sebuah syarikat swasta. Penyambut tetamunya budak Melayu. Tapi bila dia bercakap dengan aku; ‘Yea Nak apa?! You duduklah dulu yea? Nanti I panggilkan Hazman. Man you ada tetamu kat luar ni!’
Aduh! Terus hilang mod aku.
Walhal budak perempuan tu lagi muda dari aku.
Apa salahnya kalau dia cakap: Duduk sekejap yea encik. Atau sebentar ya abang, saya panggilkan Hazman.
Kan manis tu. …
Aku rasakan dia orang sudah hilang jati dirilah.
Melayu yang sudah hilang identiti sendiri dek bangsanya cenderung hendak meniru orang lain.
Mereka merasakan seolah-olah tidak maju selagi tidak mengungkapkan bahasa asing. Konon-konon Bahasa Melayu tidak mampu membawa kemajuan.
Kalau bercakap dalam Bahasa Melayu yang sempurna, takut dituduhnya pulak kolot atau hilang rasa hormat.
Setelah itu dengan rela hati, memperbodohkan diri mencampur adukkan bahasa penjajah itu dengan bahasa ibudanya.
Aku tak kisah kalau dia bercakap dengan kawan-kawan atau kenalan rapat dia orang.
Tapi sekurang-kurangnya dia hormatilah aku dengan bercakap bahasa Melayu yang sempurna.
Atau kalau nak bercakap Bahasa Inggeris sesangat, bercakaplah dalam Bahasa Inggeris yang sempurna. Tiada siapa yang nak halang! Orang akan lebih hormatinya.
Bagi aku tindakan perempuan muda itu telah mencacatkan wajahnya dengan budi bahasa yang tidak tentu arah itu”
Lalu aku terfikir sendirian. Kalaulah soal bahasa ini kita sendiri mudah hilang jati diri. Apakah lagi yang tinggal, yang boleh dirujuk kepada identiti Bangsa Melayu?
Kalaulah jati diri sendiri pun sudah loglai, adakah mungkin kita semampu dan sehebat pejuang-pejuang Mujahidin yang berjihad di serata dunia termasuklah di Gaza itu! Sedangkan kita sendiri tidak kenal diri, tidak tahu siapa diri ini, mampukah menjadi umat yang cemerlang?! hmm
maza teringatkan sepotong ayat Quran yang berbunyi, “Allah SWT telah menjadikan manusia ini lelaki dan wanita, bersuku-suku dan berpuak-puak, semata-mata untuk manusia itu saling kenali antara satu sama lain”
maza: sebuah karya kreatif.
ala malunya..i’m 1 of the ‘perosak bahasa’ also..antara kenkawan je penggunaan bahasa yg rosak nie mmg tak dpt dibantu tapi kalau dgn orang lain (strangers) agak formal & bersopan sikit bahasa saya nie..hehehe
Ooppss!! Tie angkat tangan!!
Makcik ni juga perosak bahasa!! Tapi dalam blog je…hi hi..
Dalam realitinya, Tie cakap dalam BM laa….. tak reti nak campur2….I dan you ni….. rasa semacam pulak!
You dah makan??
Umie - Dengan kengkawan atau keluarga kira tak kisahlah… Mereka sudah semacam ada ikatan yang akrab. Boleh bertoleransi dan dah kenal sesangat pun…
Tapi bila berurusan, bila bercakap dgn orang yang tidak dikenali; alangkah indahnya menggunakan bahasa yang sempurna…
Rasanya, secara otomatis mereka lagi hormat dan terasa amat dihargai.
hehehheeh
Tie - uiks heheheh
erk! persoalan yang diutarakan di sini adalah perbualan tetapi kalau nak dipanjangkan kepada penulisan, apa salahnya…
hehehhehee
me teringat kelmarin kat tempat keje me ramai expatriat engineer, matsalleh dan dr pelosok dunia termasuk india..
matsalleh cakap ’selamat pagi’ pada kami semua.. tapi mat engineer india ni tak paham.. matsalleh marah kat mat engineer india - ‘u should learn the native language’..
me tengok je dari jauh jakkks..
en_me - itu la, orang asing (mat saleh) tahu menghargai seni budaya tempatan. Sanggup belajar bahasa kita yang sempurna..
tetapi adakah kita juga sanggup mempertahankan bahasa warisan bangsa ini?!
hmm bahasa jiwa bangsa!
Iaitu bahasa lambang jiwa; budi perkerti bangsa seseorang itu..
hehehhehe
seronok agaknya bahsakan diri I dan You ni….baru ada klasss….dah jadi orang terpelajar dan moden…lagipun kita kena pandai cakap inggeris ni, almaklumlah kehendak zaman. Jadinya walaupun perkataan lain tak pandai cakap, I dengan You pun kira bolehlah, sekurang-kurangnya dapat tunjukkan kat orang yang dia tu moden dan pandai cakap inggeris.
aida - hmm tu namanya dah riak! Menuntut ilmu kerana riak, jawabnya elok bersedara dengan syaitan aje…
Bukan kah perbuatan itu juga menjual maruah diri?!
Berlakon semata-mata lakonan utk dipandang mulia, berdarjat tinggi, walhal ????….
hmmm
Kritisnya entry ni!sampai tak tau nak komen apa. Jujurnya,saya tak lah melihat isu bahasa ni dari sudut yang maza perkatakan. Mungkin bagi saya, selagi berlaku proses komunikasi dalam apa jua bentuk yang di fahami kedua2 belah pihak, ianya memadai. Sama ada hilang jati diri dan budi bahasa apabila mencampur adukkan bahasa, saya kira ianya persoalan yang agak rumit untuk kita rungkaikan! Mungkin banyak faktor lain yang patut kita ambil kira!
P/S Semakin kurang melayu kah aku???
Isu yg mcm nampak remeh tapi memberi impak yang sangat besar. Bahasa melambangkan bangsa.
Jijah - hehehe.. maza sekadar mengasah akal yang semakin mengarat…
hahahah…
Sekadar menyalurkan buah fikiran….
hehehehe
ain - kata-kata ain “Bahasa Melambangkan Bangsa” mengingatkan maza kepada Tan Sri P. Ramlee - lah..
hehehhe
pstt: anak-anak maza yang belum cicah 6 tahun semuanya suka menonton filem P.Ramlee… (filem yang terpilih lah)
huhuhuhu
Saya sokong dengan apa yang Maza katakan dalam entri ni. Masa saya kerja kat KL dulu, selalu dengar orang Melayu bahasakan diri dia I dan You. Tapi bila kita cakap Bahasa Inggeris dengan dia secara penuh, terkial2 nak balas balik. Tapi bila saya ditukarkan ke Perak, tempat kerja saya ni berlainan pulak suasananya. Bahasa diri sebagai saya dan aku sering digunakan. Dan perkataan awak dan kamu atau kau tak pernah lekang dari mulut mereka. Kecuali la kalau bercakap dengan bos, kami guna kataganti nama ‘Encik’. Jadi, bahasa Melayu tu masih utuh di sini…hehehe.
setuju gak.. sedangkn melayu dgn melayu pn
ckp bahasa rojak.. nk kata mkn rojak slalu pn tak jugak.. jom kita mkn rojak petis!… hehe…
Tatau nak cakaplaaa…. I always do it. It happens spontaneously. Tapi tu tak bermakna saya dah ilang jati diri..
Cuma kdg2 saya saya rasa saya keliru. Satu2 masa kdg2 saya tatau nak guna ’saya’ atau ‘awak’. Jadik, yg paling senang guna ‘I’ atau ‘you’..
Lela & Leez - Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat…
Kikuri - tiba-tiba maza teringat satu rantaian bidalan kata..
“mula2 cuba-cuba, kemudian diamal, lepas tu menjadi sikap, bertukar menjadi adat, akhirnya menjadi budaya!”
Kata mat saleh, “Practise make Perfect”
renung-renungkanlah…
hehhehe
bukan melayu aje tau.. rata2 orang malaysia suka cakap gitu.. entah kenapa tak tahu lah.. You, I, You, I… kalau nak speaking, speaking lah habis2 kan…
Dulu-dulu masa sekolah guna “aku”, “hang” (maklumlah saya orang utara) bila bercakap dengan kawan-kawan tapi sekarang ni dah janggal rasanya nak guna gantinama itu. Dengan kawan2 rapat memang bercakap guna I dan You tapi dengan kawan-kawan yang biasa memang lebih senang guna gantinama saya. Tapi perempuan lebih suka sebut nama dia sendiri sebagai gantinama bila berbual..
Dalam berbahasa, harus kita biasakan yang betul…dan betulkan yang biasa. Memang selalunya, sikap yang diamal akan menjadi tabiat…seterusnya berkembang menjadi BUDAYA. Jadi, kita mulakan dengan DIRI KITA.
Lihat http://www.celikhuruf.blogspot.com untuk peluang penulisan dan bengkel bimbingan penulisan.
Maza ooiii!!
Masih kembara lagi ke??
Hi hi….lama tak dengar khabar….. malam2 rempit juga ke??
Kot2 ada yang nak tumpang kat belakang tu…hihi…
Mana pula pergi pokcik ni……
tie - aderkk den baru jo sampai dari kembaro ke Melako..
hehehehehe
nanti den updatekan kek sini lah yo…..
Jemput datang rumah ambik award!!
tie - Yahooo!!!!
Den dapek award … huhuhuhu
erk! award ke awek …. hmmmm
hehehheh

Kalau di Indonesia meskipun punya banyak bahasa (hampir seratus bahasa lokal) seperti : bahasa Jawa (100 juta jiwa penutur), bahasa Sunda (40 juta penutur), bahasa Bali, bahasa Batak, bahasa Betawi, bahasa Melayu dan sebagainya, tetapi kalau mau berkomunikasi dengan yang lain tetap menggunakan Bahasa Indonesia. Bahkan orang keturunan Cina, Arab, India pasti pandai menggunakan bahasa Indonesia. Di lingkungan formal seperti sekolah, rumah sakit (hospital), pemerintahan (kerajaan), acara Televisi pun harus menggunakan bahasa Indonesia. Bahasa lokal hanya dipakai dilingkungan rumah, antar sesama penutur atau stasiun televisi lokal. Jadi kami semua sudah terbiasa dengan bilingual bahkan lebih, dan tidak mencampur (rojak) bahasa.
aka - entahlah.. ini pastinya ada kaitan dengan sejarah perjuangan dan jati diri..kan?
huhuhuh