Kembara: Melaka Kota Warisan Dunia
January 28, 2009 by mazaaida
Kembara bermula lagi. Kali ini berkeluarga.
Penginapan di Tanjung Keling menjadi pilihan. Shah Beach Resort adalah penginapan kami untuk tiga hari dua malam.
Wisata di musim perayaan Tahun Baru Cina 2009 bermula dari Januari 24, 2009 (Sabtu) hinggalah Januari 26, 2009 (Isnin).
Kali ini misi kembara adalah mencari ketenangan, melepaskan rindu kesumat dan kasih sayang. Manakala objektif sampingan adalah menyelinap di celahan kesempitan waktu untuk sendirian; masa peribadi bersama keluarga.
Masa banyak dilebihkan untuk santai menatap keindahan cakera semesta. Mengajar dan mendidik anak-anak agar menghargai alam buana.
Tumpuan kembara tidak ditujukan di tempat-tempat bersejarah. Tetapi sekadar melewatinya kawasan-kawasan tersebut sekelibas sahaja.
Beberapa tempat seperti Pantai Puteri, Makam Hang Tuah, Dataran Pahlawan, Pulau Melaka, Kapal De Mar dan Taman Mini Malaysia/Asean sebagai destinasi melabuhkan kaki.
Malamnya kami sempat makan malam bersama ahli kelab Big Bikers & Kawasaki Ninja 250R.
Menunya ikan bakar mayang, ikan siakap masam manis, bawal berwap, sotong goreng dan pelbagai pilihan lauk lain untuk santapan di Pantai Puteri itu. Perkhh memang menyengat dan terangkatlah. Alhamdulilah nikmat Tuhan ke atas hambanya di dalam kembara jalanan kali ini.
Kembara: Dari Padangan Mata Saya Yang Umum
Saya sememangnya suka mengembara.
Bagi saya duit yang dicari tetapi gagal dimunafaatkan (atau menikmatinya), membuatkan kita, pada hakikatnya, gagal untuk mengenali hidup. Gagal menghirup erti rahsia atau roda-roda kehidupan.
Lalu ia menjadikan kita alpa. Jahil dalam menghayati nikmat alam. Sudah tentu tidak tahu menghargainya. Apatah lagi untuk mensyukuri rahmat, menikmati dan mengkaji rahsia alam itu sendiri - yang didalamnya terdapat begitu banyak hikmah ‘kejadian’.
Maka hilanglah salah satu deria nikmat; deria rasa lazat untuk hidup.
Saya merasakan segala penat lelah mencari duit itu akan menjadi sia-sia, sekiranya duit yang dicari itu hanya untuk makan, minum, bina rumah dan membeli kenderaan besar!
Ia membuatkan hidup ini jumud, tidak bermakna. Tiada rona. Tiada warna. Tiada keceriaan.
Ia tidak ubah seperti kehidupan ini buta. Kosong. Tidak berobjektif.
Malah dalam kata yang lebih ekstream ia mampu merubah manusia menjadi kaku! Beku! Pegun!
Jadi, cara saya menyelami kehidupan ini, menikmati erti rezeki, mensyukuri erti hidup adalah dengan ‘kembara’.
Untuk memantapkan wacana kembara kali ini, saya sertakan gambar-gambar kenangan.
Mudah-mudahan kalian cemburu lantas bergegas mengembara ke negeri Melaka. Banyak tempat lagi yang menarik yang harus kita lawati.
Rumah Johor (di Taman Mini Malaysia/ASEAN) ini hampir menyerupai rumah keluarga saya di Kahang sewaktu waktu dahulu.
Majlis akad untuk mentauliah dan mengijazahkan Si Nasrun Pendekar Satria di Rumah Sarawak.
****
Kisah di sebalik tungang kuda: Nasrun
“Ayah tepi ayah. Saya nak naik kuda. Ayah tak boleh naik. Nanti kuda penyek!”
Aduh! Itulah gelagat anak saya ketika saya menghampiri kuda padi tersebut. Kurang asammm. huhuhu
Bicara hati: maza








betullah maza…penat2 cari duit tp x leh nak enjoy, tak syok gak ekh..tapi kalau tak de masa cam ne pulak ekh..??? kalau bercuti tapi terkejar2…x leh nak relax…hubby dok gayut kat hp psl keje…makin tension sebenarnya.
teringat saya masa gi tioman last year, dari mula naik bot sampai le naik bot nak balik semula, hubby x abis2 ngan hp psl kije..klu ikut brutal nak aje lempar hp dia, kang derhaka pulak namanya..hihi
kuda padi tu kuda kecik ke? ingatkan kuda kepang hehehee…
seronoknya dapat pergi jalan-jalan cam tu..
neeza suka rumah kayu macam tu.. tapi sekarang nak buat rumah kayu mahal kan kosnya.. lagi pulak yang berkilat2 macam yang maza pergi tu..
ain - maza kalau pergi jenjalan memang pantang ofis tipon2 nie..
kalau dia org tipon gak…..kekadang maza tak layan……hahahaah
Satu lagi, bila maza holiday mcm tu, maza akan bagi tau kat ofis, “Jangan kacau aaaa”
Wah….jelesnya….jenjalan lagik!!
Betul kata nasrun tu…hi hi….takut kuda tu koma kang!! kah! kah!
Besar betul rumah2 tu….. nanti nak bodek hubby laa…hi hi…
neeza - Sayang sebenarnya rumah2 kat taman Mini itu banyak yang bocor dan tidak berapa berjaga..
Tiketnya pun boleh tahan mahal lah.. RM12.00 untuk org dewasa…..budak2 sekolah rendah RM6.00
huhuhu
Rumah kayu macam tu pun maza suka… kalau boleh maza nak bina satu.. sebagai secondary house…..hehehhehe
kira mcm rumah lepak2 la……
(alahai pokcik nie berangan lagi)……hehehehe
Tie - aderkk….ada lak penyokong Nasrun…..
anak ku sudah ada peminat tersendiri….
huhuhuhu
kecik2 dah pandai kumpul fan club…..
huhuhuhu
Maza, saya jeles tahap gaban tau. Tak pernah dapat berholiday dengan keluarga. Suami busy memanjang. Macam yang ain cakap tu la. Tak habis2 bergayut dengan hp dia. Haritu balik KL ke rumah mak dalam 4 hari, tapi suami tetap ngan hp gak. Memang rasa nak baling je hp dia tu…huhuhu. Tapi takut la nusyuz gak…kikikiki. Jadi, sabar je la.
Nasrun kata nanti kuda tu penyek sebab ayah dia naik…hahahaha. Takleh tahan betul kelakarnya…hahaha
Lela - aderkk…. anakku sudah mengatasi kefofularan ayahnya…..
huhuhuhu..
****
tak pe, suami Lela tu tengah cari duit kasi tambah lagi kantung money…
Mungkin dia rasa tak cukup puas holiday kat situ, masih rasa something yg 50-50 tu….
sebab tu dia sibuk layan hp.. kot2 dapat durian runtuh dapat lagi banyak RM, boleh buat modal melancong ke tempat lagi best….
huhuhu
berangan takpe maza.. kalau takde angan2, memang takde cita2 kata orang..
errrr… kalau dah jadi rumah tu nanti, ajak2 lah neeza sefamily datang ye.. makan2 masak kampung.. hehehee..
Neeza - huhuhuhu… entah bila jadinya… skrg ni pun dah rasa lenguh2 kaki..
hahahahaha…..tapi Insyallah…..kalau ada rezeki apa salahnya…
huhuhuhu
Waaa… cantik2nya gambar! Dah lama betul saya tk pegi melawat Melaka…
Saya pun suka mengembara tapi suami saya ni tiada masa..Sibuk dengan reseach dia..Lepas tu sibuk dengan NGO dia..Cuma sesekali saja jika dia ada masa yang betul2 terluang, kami akan mengembara. Dulu pernah sekali tengah kami seronok-seronok mengembara, hospital talipon minta suami saya pulang segera..ada kes kecemasan..tiada doktor boleh ganti..(di malaysia ni kan tak ramai pakar bedah jantung..hehehe)..Aduuhhhh…kacau daun betul la pesakit yang nak kena bedah tu..
Betul la kata Maza..kita ni selalu sibuk sampai kadang-kadang terlupa untuk menikmati kehidupan. Bila sedar..usia dah tua..sakit sana sini..nak mengembara pun tak selesa..hehehe
TAKDAK makna entri ko ini tanpa ko selitkan gambar lelaki2 gagah lagi macho yang sedang melahap ikan bakar dan satey hangus di Tngjung Kling. Wey … tepek ler secoit gambau haku kat sini… kasi gegar!! hahahaha…
P/s: Ikan stim bukanlah fevorite aku sangat pun, tapi bila dah kena satey ayam yang hangus hitam tu..adusss potong stim tul!!!
Kikuri - terima kasih, terima kasih…..hehhee
bakat terendam dalam asid jek tu…huhuhu
Tirana - erk! yea tak yea gakkan…. lupa lak nak sebut pasal!
“Kalau tak mengembara sekarang bila lagi! Dah tua dah sakit tak der makna lagi nak mengembara, asyik sibuk dengan lenguh2 dan sakit2 badan” huhuhu
- Kalau nak galakkan suami mengembara tu, apa kata maza sarankan agar si suami Tirana sabar Big Bike…hehhe.. boleh ler kita memutar alam semesta ini! kuikuikui
glup…. tapikan saper lak nak rawat pesakit?! huhuhu Dr. penting ooo….

Rozlan - satey huhuhu….memang spoil betullah.. tapi dah lapar punya pasal, tambah hujan lak tu……belasah gak ler…..walaupun hangus……hahahhah
alamak bro, gambo tu den tak do.. kalau ado ekau pass lah kat den.. nanti den lotakkan kek sini……
huhuhuhu
“Kembara : Bebaskan Diri Dengan Cara Tersendiri”
hehehheeh
:D 
baper hinggit nasrun naik kuda tewww.. amik gambor jer kerr atau pusing keliling.. ehehe
en_me - hehehehe kalau ikutkan nak ambik gambo sambil tengek kuda tu pun kena bayo..
Tapi kami gunakan silap mata, bayar RM5.00 naik kuda pusing dua kali… kendian buat2 muka innocent dan snap gambo…..hehehhehe
Orang dewasa kena RM10 /RM12 tengok saiz kuda yang kita pilih; kuda padi, atau kuda racing….
Meh ler en_me kita kembara.. tapi maza prefer naik kuda bermotor, berkaki dua…….hehehhe
Kuda bertatu tiga segi tertonggok kat depan bonet tu… tak leh ler pakai…..sbb maza nie segan sikit…. takut kat kuda beso tu……huhuhuh
Maza, Tg. Kling tuh ler kampung tokma. Umah mak tokma sekarang dah disewakan.
Maza dah pegi pun makam hang tuah yer…dekat dah jer umah kg mak tokma tuh.
26 Jan 09 tokma ada balik pegi beraya umah paksu cina tokma kat Trendak Sg. Udang…pastu kami pi ziarah pusara arwah abah kat tepi makam hang tuah tu. Kami tiga keluarga (tiga kereta). Kami benti solat kat masjid tg kling tuh skali.
Tokma - yea ker?!
kenapa tokma tak kontek maza…kalau tak boleh jumpa kat kg tokma tu.. boleh ler pekena ikan masak asam pedah Melaka..
huhuhu
ah’ah maza ada pergi melawat Makam Hang Tuah tu. Siap ambik gambo lagi… tapi tak sempat nak tepek kat sini.. sbb ada org dah rindu sesangat kat maza, dia suruh maza buatkan gak entry pasal kembara kat Melaka tu..
Insyallah nanti maza tepekkan gambo yg kat Makam tu…huhuhu… (tapi erk seksi sikit ler hahahaha)
Masjid Tg. Kling tu maza pakat lalu jerk! hehehe..
ooo tokma ini ada salah silah baba & nyonya yea….hehehe..
Tokma - kat belakang makam tu kan, ada rumah papan…. kat situ maza nampak ada 3 gadis (lanjut usia) pingitan sedang duduk bersila pangung.. warna rumah kalau tak silap kuning cair… itu ker rumah tokma dulu?!
hmmm
Wah..syioknyerrrrrr…….dalam Malaysia ni sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang belum diterokai lagi kan..
Teringat kota Melaka, lama tak lawat. Balik Johor ikut highway, tak jumpa lagi bandar Melaka skrg ni. Paling2 pun lalu Ayer Keroh aje. Walhal, tu lah tempat kembara masa kecil2 dulu… naik basikal pun pernah.
Bila nak kembara ke KK pulak?
ahmoi - ah’ah, banyak tempat sebenarnya… hehehehe..
terima kasih kerana singgah ke sini…
Ismail N - niat di hati memang hendak ke KK, tapi masih menunggu geruh di hati menghilang…..
Selagi gerun menaiki tangga kapal terbang tak hilang, sukar sikitlah nak sampai ke KK, kecuali kalau ada kapal Bunga Raya sedia berkhidmat kembali…..mungkin boleh ler maza pergi ke KK tanpa perasaan tertekan….. huhuhuuu

Pergi ke KK? Cadangan yang menarik tu abang….hmmmm…geruh dihati bisa dihilangkan tu….mmmmm…
aida - hmm KK tu untuk Kuala Kangsar yea…
ataupun Kampung Kahang, Kuala Kubu, Kuala Krai, Kuala Kesang, Kuala Klawang….. hmmm
psttt: abg rasa terpanggil utk bersetuju dgn kata2 laling pasal “geruh di hati bisa dihilangkan”..
dlm kes abg nie geruh ketar barangkali akan lenyap kalau ada org sponsor, seperti laling ler utk ke KK…..huhuhu
“omak posan kat den, mushibah jgn dicari, geruh jgn dirintangi, kalau ada org sponsor, jangan segan2; rembat ajelah” hahahahaha
laaaa… mat motor takut naik kapal terbang rupanya. Isk isk isk…
Lamo eh den tak jln2 kek melako….
bilo la den nk abih skolah ni…huhu…
bleh ronda2 satu malaya…
Salam Maza,
Semalam ada nekcun singgah dan tinggal pesan skit tapi entah kenapa tak nampak plak!… kena ‘bar’ ke?… sajer seronok nak gebang2 ngan Maza sementara dak boleh mai nih…
Bila nak ke Bagan Lallang lagi? Boleh lah singgah ‘teratak rehat’ nekcun kat Pantai Sepang Putra tuh!… selalu kosong ajer… nekcun pun hanya sekali sekala jer pi rehat-rehat kat sana… tapi pakcik tukang kebun tu ada ler kemas-kemas keliling teratak tuh!… kalo ada geng boleh main futsal kat laman teratak tuh!…
Ismail N - hehheehe
bukan takut bang … cuma kapal terbang ni tak boeh nak ‘merempit’, tak best wooo, tak der koner-koner baring.
:D 
leez - uik, bolehlah nanti ekau join den…..hehehhe

nekcun - hahahah…Bangganya… terima kasih kerana nekcun akhirnya sampai juga ke blog maza…
hehhe
inysallah, kalau tuan tanah sudah kata begitu, satu malaya geng motor haya besarrrrrr……akan sampai ke Bagan Lalang.. kita bukan aje main futsal.. tapi kita kasi main golf sekali di laman rumah nekcun..
hehehehe