Rumah Berkaler-kaler
January 16, 2009 by mazaaida
Januari 16, 2009 (Jumaat) - Hari ini aku terserempak dengan pelajar-pelajar SKDU (Sekolah Kebangsaan Damansara Utama).
Mereka berkumpulan, ada yang berjalan dan ada yang berlari-lari di sepanjang jalan di kawasan perumahan berhampiran lebuhraya itu. Aku berhenti lalu bertanyakan kepada mereka.
“Kau orang buat apa nie? Ponteng ker?”
Gadis yang sema-sama berlari dalam kumpulan pelajar lelaki itu menjawab, “Kami ada CC pak cik”
“Hah! Apa tu?”
“Cross Country”
“Cross Country?”
“Alahai macam marathon gak la.”
“Aik! Bila masanya ada marathon ni? Pak cik tak tau pun!?”
Lalu pelajar lelaki Cina menyampuk, “Merentas desa uncle, untuk sukan tahunan kami”
Ironinya di Kuala Lumpur mana ada desa yang hendak direntasi lagi. Kalau ada pun di Kampung Baru. Itu pun dirimbuni oleh asap kenderaan, hutan konkrit dan hipokrit. Hmm…
Sekitar Tahun 1988 / 89
Pekaka Rimba, Engang, Helang, Nuri – nama-nama rumah pasukan ketika aku di tingkatan 1, Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Jalan Mersing (SMK).
Walaupun nama-nama tersebut nama erotik, tetapi tidaklah rumah pasukan kami dibezakan dengan bentuk paruh atau bulu pelepah burung.
Rumah pasukan masih dibezakan dengan kaler.
Pekaka Rimba – Merah
Engang – Hijau
Helang – Kuning
Nuri – Biru.
Tiap-tiap tahun akan diadakan sukan tahunan. Setiap pasukan saling bersaing untuk menjuarai piala itu.
Di sekolah SMK kebiasaanya pasukan Engang dan Pekaka Rimba yang kerap menjadi johan. Lagipun sekecil itu juga kami sudah pandai main politik memilih ahli keluarga rumah mengikut kroni masing-masing. Ini semua gara-gara memastikan pasukan kami adalah ‘ Sang Juara’.
Acara yang paling aku tak suka ialah segala yang berkaitan dengan belari. Bagi aku seolah-olah macam budak bodoh berlari seorang diri di tengah padang dengan diperhatikan budak-budak lain. Kosong! Macam tak ada matlamat.
Baik acara 100 meter, 200 meter, 4 x 400 meter atau lari dalam guni, semuanya aku tidak minat.
Tetapi kalau main bola sepak atau hoki aku cukup suka.
Akulah antara yang akan ke depan menawarkan diri untuk menjadi pemainnya. Tapi kerap kali jugalah menjadi pemain simpanan! Ini semua hasil sikap nepotisme kapten pasukanlah…Huh tak adil!
Merentas Desa
Satu petang di hari yang cerah dan panas, acara merentas desa yang wajib setiap pelajar sertai akan diadakan. Sekumpulan pelajar, termasuklah aku, sedang berkira-kira tidak mahu turut serta. Masing-masing sedang mencipta alasan untuk dilontarkan kepada cikgu rumah pasukan masing-masing!
Kami berkumpul di belakang stor sekolah berhampiran kantin, dan asyik berbincang.
“Kau pulak kenapa tak nak lari?”
“Perut aku sakit la…”
“Kau?”
“Kepala aku pening. Kalau berjalan ok, tapi bila nak lari aje, tiba-tiba tak larat. Macam nak muntah. Eh! Kau pulak kenapa?”
“Dada aku sakit la. Semalam angkat guni padi kat sawah. Lagipun aku rasa dada aku membengkak la. Aku rasa bila berlari nanti, rasa macam dada terlambung-lambung. Mengelembong. Toing! Toing! Macam tu….Malu lah!”
“Pap!!”
Satu penampar singgah di belakang kepalaku.
Mulanya aku geram juga kepada si pelaku itu. Hampir-hampir sahaja aku memekik seperti Tarzan. Tarzan yang memanggil gajah lalu menyuruhnya menginjak-injak kepala manusia yang mendurjanakan aku itu! Huh!
Belum sempat aku berteriak, Cikgu Samsul bersuara,
“Ooo.. Awak semua ada di sini yea. Orang lelaki mana ada dada melambung-lambung. Awak tu lelaki! Dah jangan bagi alasan lagi. Pergi lari sana. Saya mahu awak sumbangkan point untuk rumah kita. Mesti, faham!! Pergi lari sana. Pergi!!!”
Kami pergi dengan langkah longlai. Dalam keterpaksaan. Entah bila masa Cikgu Samsul muncul dan mengendap markas kami, kami pun tak tahu.
Untuk menjadi lebih sadis, awek yang menjadi secret admire ku itu ada sama. Dia mengikuti Cikgu Samsul sambil memegang bola jaring. Budak itu menutup mulutnya dan aku tahu dia sedang mentertawakan ku. Aduh! Malunya aku. Huh!
hahaha.. tu la… nak kelentong cikgu lagi..
kan dah malu kat secret admire..
Masa saya skola menengah dulu, saya dalam rumah hijau..gelarannya Jentayu. Takde la nak panggil kaler2 neh. Wana lain tak ingat lak gelaran apa…hehehe
Pesal lak Maza tak minat lari? Kan seronok tu merentas desa. Tapi tak larat bila nak mendaki bukit. Rasa nak putus urat nafas sedut udara…hahaha.
p/s: seronok lak baca dialog Maza kene marah ngan cikgu tu…hahaha.
hihihihi…samalah saya. Kalau bab merentas desa ni memang surrender…mcm nak tercabut semua wyre. cuba2 cari alasan nak escape tp takutttt!!!!..Ingat lg ada satu merentas desa tu..instead of berlari..we all singgah mkn mee bandung dulu, pas tu baru sambung lari balik.
Dulu masa sekolah…saya rumah kuning(pujangga). Secret admirer saya pulak ketua rumah kuning…hehehe..
Tie dulu rumah Hijau….. selalu cari alasan nak excuse..hi hi ..sakit perut laa…, demam laa…..
Tie tak de secret admirer….sekolah convent laa….
tie - Kalau tie ada secret admirer masa tu jawabnya lain macam aje… mcm ajaran songsang gak ler…
hehehhehe
leez, lela, ain - thanks kerana sudi share kisah dolu-dolu…
hehehhe
you all my friends..
alahai include Tie gak ler…..
huhuhu…
Cross country di KL? Huh.. !!! Good one bro.
Oh ya, time sekolah dulu-dulu memang ada kroni dalam team sukan. Worse sbb (with due respect) ramai guru sukan pun bidang terjun, so yg ada talent tu tak dapt digilapkan. Maybe kalau ada good coach, Maza might end up as national hockey player? Who knows kan?
Tapi kalau attitude mcm di atas tu, mahu kelentong cikgu, payahlah. Ngam lah jadi pemain simpanan. He he
Memang around this time of the year semua sekolah diwajibkan ada CC. kat sekolah saya pon buat minggu lepas. Seronok tgk bebudak ni berlari. It’s good for their physical as well emotional health…
Ismail N - uiks pemain simpanan pun, simpanan lah.. yg pasti, bila kami menang, maza pun dapat nikmat yg sama! Apa lagi makan nasi ayam ler…..hehehhehehe
Kikuri - uik, anak murid aje ke yang belar? Cikgu Kikuri tak nak join sekali ker?
Bior jadi tough sama mcm anak2 murid tu ha.. baru ler jari jemari, dan betis berbunting padi…….
hahahhahah
rumah kita rumah merah, dari sekolah rendah sampai menengah rumah merah. tapi form 4 dah jadi hijau….rumah je berkala, tapi hati tak berkala pun nak bagi rumah tu makin menyala-nyala kalanya
ehehe, ingatkan cyber cafe..
Saya dulu pun selalu mengelat masa merentas desa. Macam-macam alasan yang diberi untuk tidak menyertai..hehehe..kreatif sungguh mencari alasan pada masa itu. Kalau di kampung merentas desa memang betul-betul desa..masuk ladang kelapa sawit, ladang kelapa, ladang getah, hutan belukar semua redah..hehehe..