Feed on
Posts
comments

Archive for February, 2009

Terang Hati

“Sadhaqallah hulazim. Esok maza boleh beralih ke surah lain pula, ya.” Atok Dara menamatkan sidang mengaji pada malam itu.

Dari riak lentuk lampu pelita yang samar, Atok Dara memulakan kembali bicara.
———“Atok nak cerita sikit tentang junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi kita tidak pernah ketawa terbahak-bahak. Waema nampak sesuatu yang amat lucu sekali pun, baginda hanya [...]

Read Full Post »

Majlis Perpisahan Graduan

Di akhir perpisahan di majlis graduasi para pelatih mendengar sesi bebelan terakhir Cikgu Hawa.

Masing-masing sedang berkumpul untuk mengambil keputusan. Keputusan penentuan sama ada lulus ujian memandu atau sebaliknya.

“Zaid, Halim, Kepten Hamzah, Komander Rosman. Tahniah anda lulus” Cikgu Hawa memanggil nama-nama calon untuk menyerahkan keputusan ujian.

“Yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Kita akan bertemu [...]

Read Full Post »

Konspirasi Menjatuhkan Maza

Teori Domino

Februari 19, 2009 – Khamis malam Jumaat.

Heboh di seantero surat khabar perdana. Kes gambar ADUN Bukit Lanjan, Elizebeth Wong terpapar di atas meja. Mata sudah mahu terpejam. Ulas mata sudah memberat.

Dengan longlai maza merebahkan badan di atas katil.

Beberapa detik kemudian terjaga. Malam terasa panas. Membahang tidak tentu hala. Memang sekarang giliran musim angin [...]

Read Full Post »

Yahoooo! Gempak punya..

Yahooo!!!

Erk! Haruskah aku memberitahu kepada dunia bahawa doa kalian sudah dimakbulkan?!

Haruskah?!

Baiklah.

Maza sudah lulus ujian memandu B penuh! Yahoooo

Alhamdulillah…..
Yahoooo dot com dot my…. kebab kebam bommmm

Hehehehe

Read Full Post »

Dua mati: Lori Jatuh Dari Jambatan

Entry ini agak panjang … Tetapi memang berbaloi untuk disoroti. Selamat membaca…
`

Razali, Saadiah dan anak mereka Suhana sedang menghala ke utara dari Kuantan untuk menghantar batang-batang besi.

Suhana berusia dua belas bulan baru pandai jalan-jalan jatuh. Telatah pelat Suhana sekali sekali memecahkan sepi perjalanan itu.

Razali sungguh gembira sekali. Sebagai pemandu lori sepenuh masa, mereka jarang [...]

Read Full Post »

Sambung Belajar: Graduasi

“Kau ni. Masa kecik-kecik tak nak belajar bersungguh-sungguh. Dah besar panjang, anak dah beranak-pinak, baru ingat nak belajar balik! Apa kau dah buang tebiat ke? Siapa nak tanggung anak bini kau nie? Aku tak sanggup lagi dah.”

Emak tidak menyetujui cadangan maza. Maza tertunduk sayu. Sedih dimarahi olehnya. Sokongan yang diharapkan, lain pula jadinya. Sokong membawa [...]

Read Full Post »

Mengamit Teman Lama

“Woit, Syahril!”

Sebaik maza menongkatkan motorsikal Yamaha Baby R1 Lagenda 115, maza terus melangkah masuk ke pintu pagar Utusan Publication. Tidak semena-mena maza terserempak dengan seorang lelaki yang sudah lama tidak ketemu.

Teman ini pernah mengaji bersama-sama maza di salah sebuah institusi pengajian di ibukota. Satu jabatan, satu jurusan.

Hampir lima tahun kami tidak bersua muka. Kali [...]

Read Full Post »

Cita-cita Di Sekolah Rendah

Masa kecil dulu cikgu akan tanya dalam kelas. “Tuliskan cita-cita awak, kemudian serahkan kepada cikgu.”
Cita-cita yang telah dinyatakan akan dicatatkan di dalam buku rekod dan kad kemajuan untuk rujukan.
Rata-rata kanak-kanak yang membesar di era 80-an itu, termasuklah maza, tidak lari dari menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi askar, polis, tentera, bomba. Kiranya pasukan keselamatanlah menjadi pilihan [...]

Read Full Post »

Penghargaan & Terima kasih

“Wow!”
“Yahoo!”
Itulah ekspresi yang sempat maza lontarkan sebaik mendapat tahu dan menerima award dari seorang yang sering menggelarkan dirinya Makcik Tie….hehehehhe
Maza memang menghargainya, lalu maza tepekkan ia di sini…
lihatlah dunia!!! huhuhuhu
Suntingan Terkini

Baru beberapa ketika yang lepas, maza sekali lagi dianugerahi award “Kawan yang Hebat’.
Terima kasih TIRANA….yaaa huuuu…
Ah! tetiba rasanya duniaku berubah menjadi penuh warna warni keriangan [...]

Read Full Post »