Cita-cita Di Sekolah Rendah
February 3, 2009 by mazaaida
Masa kecil dulu cikgu akan tanya dalam kelas. “Tuliskan cita-cita awak, kemudian serahkan kepada cikgu.”
Cita-cita yang telah dinyatakan akan dicatatkan di dalam buku rekod dan kad kemajuan untuk rujukan.
Rata-rata kanak-kanak yang membesar di era 80-an itu, termasuklah maza, tidak lari dari menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi askar, polis, tentera, bomba. Kiranya pasukan keselamatanlah menjadi pilihan utama.
Tidak pernah jumpa lagi ada antara kami yang bercita-cita menjadi jutawan, niagawan, angkasawan, usahawan, engineer apatah lagi menjadi seorang banduan berjaya. Masing-masing terlalu suci dan masing-masing mempunyai sikap untuk ‘membela’ nasib keluarga, bangsa dan agama.
Tetapi setelah darjah tiga, maza mulai bosan menulis cita-cita yang sama. Maza ingin membawa perubahan.
Jadinya dengan penuh keazaman dan iltizam yang putus, maza tuliskan tiga cita-cita maza. Dan maza berharap Cikgu Fatimah, guru kelas kami akan bangga dengan maza.
Tetapi …
“Maza, ambil balik kertas awak ni! Yang dua atas nie memanglah boleh jadi cita-cita awak iaitu askar dan polis. Tapi yang nombor tiga ni, jadi Yang Dipetuan Agong! Cikgu tak pernah tahu yang awak ni keturunan putera sultan atau anak raja mana-mana Negeri Melayu! Tak pernah pulak sepanjang hayat cikgu dengar ada iklan jawatan kosong Yang Dipertuan Agong … Dah! Awak buat balik cita-cita awak ni semula.”
Kemudian Cikgu Fatimah mengembalikan kertas maza itu. Pantas dia membelakangkan kelas. Sekejap itu juga bahu Cikgu Fatimah terangkat-angkat, terjengkit-jengkit. Macam orang menangis tersendu-sendan. Cikgu Fatimah menundukkan kepala sambil tangannya menekup mulut dan menyapukan airmatanya dengan tisu.
“Agaknya Cikgu Fatimah terharu dengan cita-citaku yang cukup gah dan lain daripada yang lain itu! … hmm … Tapi kenapa pula cikgu suruh aku tuliskan semula cita-cita aku?! Pelik nie.” Maza berlalu dengan terpinga-pinga kerana masih tidak faham dosa apakah yang telah dilakukannya.
`
maza: ilham gile-giler si bayi comel…
aduiii…sedihnya sampai keluar airmataku……agak-agak nasrun ada tak bercita-cita seperti ayahnya
aida - kalaulah anak kita si nasrun ada cita2 mcm ayahnya nie….huhuhu…..
ada harapan berguling-guling ayahnya kekejangan pusat menahan sentakan terbahak-bahak yg amat….
hahahaha

ooo
kalau nk tercapai cita cita tu
kena naik buai….laju….lajuuuu
sah sah cita-cita mata duitan
sbb hari2 tengok kepala agong kat duit kertas
Maza nak jadi Yang Di-Pertuan Agong? huhuhuhahahahahaahahaahahahahahahaa
hahaha…kelakar…kelakar!!! betul2 menangis saya baca, menangis sbb ketawa yg teramat.
Well…sekurang2nya maza mempunyai keinginan cita2 yg luar biasa dan luar dari kebiasaan. hihi
hehehe… tinggi sungguh cito2 ekau yo…
den teringat maso zaman skolah dulu…
ado la sorg classmate den ni, mak ayah eh kojo motong gotah
skali tu bilo cikgu tanyo dio apo cito2 eh bilo bosa nanti, classmate den ni jwb, “saya nk jdi penoreh getah cikgu”. satu kelas ketawokn dio. lopeh tu cikgu tanyo laie, “kenapa awk nk jadi penoreh getah pulak?”, dio jwb, “ntah, sbb mak ayah saya menoreh getah”.. jwpn yg terlalu naif.. bg seorg pelajar tahun satu… hehehehe…
InsyaAllah, setiausaha Agung boleh la kot. nnti kita tubuh persatuan pemblog yang bukan pembelot. hehehe
Ha ha ha…..kesian cikgu Fatimah tu…..menahan ketawa sampai keluar air mata!!
Cita2 Tie macam budak biasa je..nak jadi doktor, lepas tu tukar fikiran nak jadi scientist……..
Hah!! Menjadi jugak tau….. scientist kat dapor!!
Wah! Satu pengakuan berani mati! Hahahaha… masa kita kecik, macam2 boleh jadik!
cikgu Fatimah tu disekolah mana? neeza pun ada gak cikgu nama cikgu fatimah.. pelanduk serupa nama kot hehehee…
rasanya cikgu fatimah bukan nangis tapi dia gelakkan cita2 maza tu.. neeza pun gelak tadi hehehee..
Kujie - ah’ah kan, lagi elok kita kumpul note kertas yg ada gambo kepala Agong Pertama dulu2 tukan…hehhe
kalau kumpul banyak-banyak, boleh lah pergi Kembara Jalanan jauh-jauh sikit…..heheheh
ain - ain jaga-jaga ain jaga……hehehehe
Leez - apa boleh buekkan.. zaman kochik2 den memang suko berangan…..huhuhu..
Rozlan - hmmm janji ada perkataan Agong pun boleh kayuh gak kan…..hehehehhe
Tie - kalau lah ekau jadi mak mertuo den, dan hari-hari lak makan makanan ciptaan saintis ekau, ado harapan den jadi mcm badak hipo di blog en_me itu…..hahahahahhahaha
tapi den yg yakinlah… masakan ekau mosti sodapkan?!
Kikuri - maso kochik la tak do sapo nak hirau kito nak jadi apo pun…
Cubo skrg nie, dan bosar panjang…cito-cito eh nak jadi Agong, ada harapan jadi penghuni tetap di Penjaro Kemunting di Taiping…..hahahhaha
Atau kepalo pun tanggal ooo…….hehehehhe……..glup! ngerilah pulak…..
hehehehe
Neeza - hehehe… Cikgu Fatimah di Sekolah Kebangsaan Kahang… dia mengajar tak lama kat situ… adalah dalam 3-4 tahun…huhuhu
Hahahaha…bagi saya tak ada salahnya cita-cita itu.. Cuma kesian kat Maza la..sampai sekarang pun tak dapat2 lagi jadi yang di Pertuan Agong…hehehe.. Tak pe..jadi yang di Pertuan Agung pada rakyat dalam rumah sendiri pun ok gak kan?…ekekeke..
Saya ingat masa sekolah rendah dulu memang cikgu ada suruh budak2 tulis tiap2 tahun dalam kertas apa cita2 masing2. Tapi memang dari kecil sampai skrg, saya ni agak pelik sikit. Fikiran selalu merapu sikit. Masa budak2 saya selalu gila kuasa, jadi cita2 nak jadi agung& PM memang ada saya tulis. Bila masuk darjah 6, mahu lebih power lagi, so saya tulis mahu jadi Sec. General United Nation atau US President.
Peliknya, bila diberi power utk jadi ketua darjah atau pengawas, saya TOLAK. He he …
Tirana - nasib baiklah ada orang yang kesian kat den nie ha…..huhuhu
Ismail N - hahahaha…. maza ingatkan maza sorg jerk yg fikir mcm tu…..
kira boleh masuk klik lah nie……heheheheh
Maza, nekcun ingat masa sekolah rendah dulu bila cikgu tanya apa cita2 nekcun, selalu nekcun tak reti nak tulis apa sbb masa tuh bila cikgu sebut cita-cita nekcun ingatkan cikgu suruh bercerita…hehehe…
“apa cita-cita kamu?”
“Saya tak ada cita2 sekarang cikgu tapi kalau dah besar nanti baru saya boleh ada cita2 sebab dah banyak kenal orang!”
“Kamu ni faham bahasa Melayu ke tidak?”
Nekcun hanya tunduk malu dan kemudian pi tandas menangis… Tapi mungkin sekarang Tuhan dah makbulkan cita2 nekcun tu bila 3 novel nekcun dah ada di pasaran… hehehe…. (jangan mare… sempat promo lagi tuh!…)
haha maza ..tinggi sungguh cita2 mu ini…
hahahhaa….bagus tol lah cita-cita awk tu..hahahhaa..kalakar-klakar.
DAULAT TUANKU MAZA!!! kekekeke…
Nekcun - hehehe … maza pun pernah membuat kesilapan seumpama itu juga….
aini zuraida - tetapi jauhnya tidaklah sampai ke Labuan… huhuhuhu
Ahmoi hehehheh…. la, ingatkan cerita serious tadi….
Cinta - Uiks… kalau zaman Melaka tu, mau tanggal kepala ni…
hehehehe
muahahahahhahahahahahahahha
agong tuuu.. maza!!! kelakar!!!!
nono -…. jadi agong kat rumah ajelah gamaknyer… hehehhe
Adoiyyai….kelakar sampai keluar air mata…eeee…..
eeeee……
yanie - hehhehe, nasib baik airmata keluar, kalau air liur lak, apa mcam….
Thanks yanie for dropping by. (maza: kekonon nak jadi org putih)
hehhehe
hahahaha….. hebat tue jadi agong…
wex lagi laaa… waktu tadika nak jadi matahari… kwn wex nak jadi awan… toingtoingtoing….
wexeeda- uik! lagi dahsyat woo…
hehehheh