Dua mati: Lori Jatuh Dari Jambatan
February 15, 2009 by mazaaida
Entry ini agak panjang … Tetapi memang berbaloi untuk disoroti. Selamat membaca…
`
Razali, Saadiah dan anak mereka Suhana sedang menghala ke utara dari Kuantan untuk menghantar batang-batang besi.
Suhana berusia dua belas bulan baru pandai jalan-jalan jatuh. Telatah pelat Suhana sekali sekali memecahkan sepi perjalanan itu.
Razali sungguh gembira sekali. Sebagai pemandu lori sepenuh masa, mereka jarang dapat bersama. Terutama apabila Razali sering diarahkan ke luar kawasan.
Hari ini, Razali rasa bertuah kerana dapat berkumpul bersama ahli keluarganya. Saadiah sekali sekala menyuapkan buah-buahan ke dalam mulut suaminya. Sekali sekala mereka tertawa bahagia.
Suhana yang menjadi penyeri hidup sedang menyusu di ruang khas, di belakang tempat duduk pemandu.
“Abang, sayang kat kita ke?”
“Eh! Memanglah sayang. Iyah pulak.”
“Kita memanglah sayang abang. Kalau tidak, masakan kita nak ikut abang. Abang, kalau apa-apa terjadi pun, janganlah tinggalkan kita ya?”
“Habis anak kita itu siapa nak jaga?”
“Alah, abang ni.” Saadiah mencubit manja lengan suaminya.
“Suhana. Bila besar nanti jadilah ‘orang’ tau! Jadi anak solehah. Doakan emak ayah selalu ya”, pesan Razali kepada anaknya Suhana. Entah mengerti atau tidak bayi itu, tiada siapa yang tahu.
Lori kargo sarat berinti besi meluncur menuruni bukit di lebuh raya Bentong-Kuala Lumpur.
Berhampiran sebuah jambatan, sebuah bas ekspress sedang merangkak memotong lori mereka.
Razali dan keluarganya dapat merasakan repuhan angin yang deras. Angin biasan itu hasil pintasan bas tersebut.
Sebaik bas ekspress berjaya memotong mereka, mereka terdengar bunyi letupan yang amat kuat.
“POM!!”, tayar belakang lori pecah. Serentak dengan itu lori mereka terhuyu-hayang.
“Apa itu abang. Abang, Kenapa abang?!”
Razali tidak menjawab soalan. Dia sedang sibuk.
Razali dengan sepenuh kuderat cuba mengawal lorinya. Dia mengilas stereng ke kanan. Tetapi ada kereta sedang dipandu laju di sebelah situ.
Kemudian dia memulas ke kiri. Dia terlihat penghadang jalan. Dia mahu menggunakan penghadang jalan itu untuk menghentikan saat cemas ini.
Razali cuba menekan padel brek. Ia berfungsi. Tetapi tidak mampu memberhentikan lori.
Lorinya menghimpit ke kiri. Lori besar itu merempuh pembahagi jalan.
Besi sama besi bergesel. Merempuh. Berbunyi nyaring. Geselan yang nyilu. Meresik.
Tetapi usaha itu masih tidak berhasil. Lori yang besar dan hentaman kuat menyebabkan penghadang jalan rebah.
Lori dan penghadang jalan menjadi satu. Lalu jatuh ke bawah jambatan setinggi bangunan empat tingkat.
Pitam seketika, kemudian Razali menjerit, “Allah! Allah! Allahu Akabarrrrr!!!!”
“Abang! Abang!!!”, Saadiah tercampak. Badannya terperosok ke cermin hadapan lori.
Razali terhentak di seterengnya. Dadanya memenuhi luas diameter setereng itu.
Di bawah sana ada sungai. Sebelah sungai ada sebatang jalan raya. Ia adalah jalan raya batu 11 Gombak. Bumbung-bumbung rumah orang kampung sayup kelihatan dari atas jambatan itu.
Sebaik lori menerobos dan menunduk ke bawah, Razali mulai sedar, ia akan jatuh dan menjunam ke atas pokok balak di tebing sungai dahulu. Kemudian akan terhempas ke atas batu, tanah atau sungai.
Kepala lori mengenai pucuk pokok balak. Dahan menghentam cermin lori. Lalu memecahkannya. Saadiah pun jatuh, tercampak keluar bersama leraian kaca itu.
Saadiah melayang-layang di udara sebelum terhempas ke pangkal perdu pokok di tepi jalan.
“Abang!!!” Saadiah sempat memanggil suaminya.
“Saadiah!!! Allahu akhbarrrr, Allahu akbbarrr!!!” Razali gamam menyaksikan isterinya jatuh. Dia cuba mengingatkan Saadiah tentang Tuhan. Itu sahaja yang dia termampu buat.
Dahan pokok patah, lori dengan deras menghenyak pokok itu. Laju menjunam mendapatkan tanah.
Dahan-dahan pokok menumbuk dan menyepak tubuh Razali.
Sebatang dahan yang patah telah sedia menanti. Lalu ia menusuk ke dada Razali.
“Allahuakabar!!!” Pekik Razali dengan nyaringnya.
Ranting-ranting yang lain terus menampar-nampar muka Razali tanpa belas kasihan. Kepalanya cedera. Kepalanya parah.
Mulut Razali masih terkumat-kamit. Barangkali sedang berzikir atau mengucapkan kalimah syahadah. Sesaat kemudian Razali terdiam. Sunyi sendirian.
Saadiah terlentang di perdu pokok. Darahnya berhemburan di mulut. Tulang belakang patah.
Dia sempat memanggil nama suaminya. Dia menyaksikan betapa rakusnya dahan itu menerobos dada Razali.
“Abang! Allah … Allah … Allah”, suara Saadiah semakin melemah.
Pokok balak yang besar itu akhirnya tewas. Ia tumbang dan menghempap jalan. Separuh jalan lama Gombak - Bentung terhadang olehnya.
Lori kargo yang berat betan-tan itu akhirnya terhenyak di tebing sungai. Kepalanya ke bawah melanyak batu-batuan.
Bangkai lori itu sudah tidak sepertinya. Semua tayar sudah tertanggal. Enjinya sudah bersepai. Sisa-sisa badan lori tercampak sana sini.
Sebaik mendengarkan dentuman yang amat kuat, orang kampung bergegas keluar rumah.
Mujur jalan di bawah jambatan itu lengang. Biasanya waktu-waktu pagi ini sibuk dengan kenderaan.
Mereka yang berani telah mendapatkan Saadiah yang sedang tenat. Mereka mengangkatnya. Lalu meletakkan beliau di tepi jalan itu.
Darah keluar dari hidung, telinga dan mata. Tangan Saadiah masih mengelitik. Kakinya masih bergerak-gerak sentak. Kelopak mata masih terbuka. Anak mata sudah ke atas meninggalkan bola mata putih.
Saadiah sedang nazak. Mulut Saadiah masih terkumat kamit. Tiada siapa yang tahu apa yang diwasiatkan. Tiada siapa yang faham.
Hanyir darah segera menusuk ke hidung. Memenuhi ruang.
Tiada siapa yang mengajarkan Saadiah mengucap. Tiada siapa tahu dia seorang Muslim. Hanya sesudah kad pengenalan ditemui barulah mereka tahu mangsa adalah seorang Islam. Itupun sudah terlambat. Saadiah sudah pun pergi buat selama-lamanya.
Orang ramai menemui Razali. Razali masih berada di dalam lori itu. Razali tersepit dan dahan yang besar masih di dadanya.
Orang ramai mulai membuat telahan. Mereka merasakan hanya dua orang mangsa iaitu pemandu dan kalendan lori sahaja.
Seorang anak muda sedang memeriksa bangkai lori itu. Dia terpijak sesuatu. Dia mengangkat kakinya dan terpandangkan ada anak patung di situ.
Sebaik dia menunduk untuk mengambil anak patung itu, dia terlihatkan sebotol botol susu. Botol susu itu masih separuh berair susu. Tidak jauh dari situ dia ternampak tin susu pula dan beberapa helai pakaian bayi.
“Ada baby! Ada baby! Tolong cari baby, tolong cari baby! Tolong” Dia menjerit bersungguh-sungguh.
Orang ramai mencari kawasan sekitar. Tetapi tidak menemui Suhana.
Beberapa detik kemudian, seorang mak cik berlari-lari anak. Dia menjadi saksi melihat sekujur tubuh kecil melayang-layang di bawa angin.
Mak cik itu ternampak ia mendarat di dalam semak samun di seberang sungai di sebelah sana.
Orang ramai berkejaran ke seberang sana. Lalu mereka menemui Suhana. Suhana sedang duduk menggigil. Termangu-mangu, terpinga-pinga.
“Dah jumpa! Dah jumpa! Bayi tu dah jumpa!!” mendengarkan pekikan pemuda-pemuda itu, barulah Suhana tersentak dan menangis.
Suhana terus-terusan menangis sambil memanggil nama ibunya, “Ibu… ibu… Ayah, ayah…”
Suhana diletakkan di tepi jalan raya itu sambil menanti ambulan datang. Dari jauh Suhana merangkak lalu mendapatkan jenazah ibunya yang sudah diam kaku.
Suhana terus mendakap ibunya sambil menangis. Merayu-rayu agar ibunya bangun dari tidur. Dia mengoncang-goncang mayat itu, “Ibu, ibu, ibu…. Ayah, ayah. Ibu …”.
Seorang perempuan separuh umur mengangkat kembali bayi itu lalu cuba memujuknya.
Orang ramai mula membersihkan jalan raya berkenaan setakat yang termampu sementara mereka menantikan bomba, polis dan ambulan datang.
Maza sampai ke lokasi kejadian itu setelah dua puluh minit kemudian kemalangan berlaku. Ketika itu pihak bomba sedang sibuk menguruskan pokok yang sedang menghadang jalan.
Moral: hapuskan airmatau yang sedang mengalir itu.
Kisah kemalangan ni memang selalu buat Tie sayu. Tie pernah lihat sendiri, seorang lelaki (bermotor) melambung dilanggar seorang pak haji di kota bahru.
Masa dlm perjalanan pulang ke Johor, ada sorang pakcik tu tertiarap di jalanraya, dengan darah menyembur2 dan tiada siapa pun cuba mengangkatnya walaupun ramai datang melihat. Hubby tie cepat2 berhentikan kereta , angkat pakcik tu (kalau tak dia lemas dek darahnya tu…), lalu minta tolong seorang wanita utk hantarnya ke hospital (tak jauh dari situ).
Kereta kami dah sarat dengan barang dan budak2 3 orang tu… Sedih gak!
benda macam ni lah yang neeza takut sangat-sangat.. kesian pada anak kecil yang hilang ibubapa.. apa lah nasibnya.. ada ke orang akan jaga dia sebagaimana ibu dan bapa kandung kan..
sebak betul dada neeza.. takut sangat maza..
Mohon pada Allah, selamatlah kita semua daripada malapetaka macam ni…
Maza…sedihnyaaa…kesian baby tu jd yatim piatu.
p/s..citer betul ke..maza yg buat skrip..???
ops…bila dh baca komen kak Tie ngan Neeza..maknanya citer betul lah. Sorry!!! Moga2 kita semua dilindungi dpd dugaan2 seperti ini.
Tie, Neeza, Ain - terima kasih kerana singgah..
Maza cuba uploadkan gambo kemalangan tersebut, tetapi masih tidak boleh…
Tak tahu lah, kenapa dengan friendster ini!
huhuhu
Oh! Ya kejadian ini berlaku pagi tadi semasa maza nak pergi kuliah!
Cerita kuliah ada di sini http://mazaaida.blog.friendster.com/2009/02/sambung-belajar-graduansi/
sob, sob, sob…
…sebab takut jadi macam ni la parents saya xkasi saya bawak kete jauh2
ajal maut kat tgn tuhan, tp kena beringat la jugak kan
oooooo………… skrg ni bomba kerja dia tebang pokok ye?
jap lagi nk dail bomba…rasanya dpn rumah tu ade pokok yg kena cantas…:p
bab anak nangis tu…sayu……
Memang sedih kalo terjadi perkara yagn sedemikian. Yang pergi tu dah tentulah pergi, tapi yang tinggal ni apalah yang akan terjadi selanjutnya. Lebih2 lagi kalo anak-anak yang kehilangan tempat bergantung… nekcun memang tak boleh dengar citer camtu…
Bila baca citer Maza nih… dan-dan terasa insaf sikit bila pandu kerete tuh!… tak mahulah lagi speed kalo jalan ‘clear’ pun… Maza… nampak gayanya tak jadilah nak ‘rempit’ ngan Maza…hehehe…
sedihnya….. teringat kes yang dulu
Al-Fatihah untuk mangsa. Kejadian begini memang cukup menginsafkan. Tapi sesetengah orang insaf 5 6 minit je. Lepas tu dia buat balik. So pesanan penaja untuk maza: Patuhilah hadlaju. 110km/j. “Ingatlah orang yang tersayang”.
Adila - tu la pasal, kalau nak gi jenjalan jauh2.. elok maza drive kan!
hahahaha
Kujie - G, hmm kalau mcm tu, tak der lah kerja lagi si Dewan Bandaraya. No income katanya…..
hehehhe
nekcun - baru aje maza nak panaskan enjin motor, huhuhu…. tetiba nekcun kensel lah pulak……uwakkkk
hehehe
aida - abang pun… sob, sob, sob..
tapi tak pe, nanti balik abg bagi aiskrim yea……
huhuhuhu
cinta - walamak eh! 110km/j jerk ke….. ni mcm terpaksalah consider naik motor kecik berpengayuh pedal dua jek ni..
hmmm
Overall cerita ini ok..
Cm yg last tuh, cam anti climaks jerk…
Tp sedih lg ceta ms a.zaid accident ari tuh..hehhe
ish..sedih lah pulak..ni kisah abg maza tgk o baca…
Fatt - Thanks Fatt kerana datang mengomel di sini…. really appreciate it…hehehhe
Ahmoi - perisitwa itu berlaku semasa abg maza lalu kat jalan itu…
Masa tu nak gi kuliah di Sekolah Memandu SKEM di batu 8 1/2, Gombak, berdekatan kampung orang asli.
huhuhu..
Maza, citer ni citer betul kan? Tadi masa lunch nekcun baca news paper STAR ada citer exactly macam citer maza tuh!… itu ke?… Ishkishkishk… kesian sungguh…
nekcun - macam tu ler serba sedikit..selain dah ditambah sedikit garam, bawang, kentang, belacan, cencaluk dan budu……..hehehehhe
(psst: kata org, mahu tambah perisa wakakakka)
ghitewww erk.. hi abang maza
Hari Ahad lalu kat kawasan kemalangan. Semalam baca kat harian metro pasal accident ni. Hari ni baca entri maza pulak. Confuse ! Dah tak tau citer mana satu yang betul.
en_me - aloo en_me… hehehhe
jijah - erk! yg betulnya ada lori tergolek jatuh dari jambatan. 2 org maut…
maza memang ada di tempat kejadian itu.
Berita dlm surat khabar itu pun ada penambahan.
Di dlm blog ini juga ada penambahan kreatif …. hehehhehe
(psst: unsur drama dan penceritaan digunakan utk melatih menjadi penulis)
Di blog ini nama mangsa bukan nama sebenar demi menjaga kepentingan semua pihak…
terima kasih jijah…
hehehhehe
pengajaran nya.. dok umah diam2 huhu~
Adila - ekau tak boring ko, dok termonung sorang2 dlm bilik termonung tu milah oiiii?…..
hehehhe
Baca kisah kemalangan pun sudah cukup ngeri, apalagi kalau menyaksikan dengan mata sendiri..boleh pengsan rasanya.. Mudah-mudahan Allah lindungi kita semua dari sesuatu yang tidak baik.
Tirana - ameennnn
waduhhh… den ingatkn cerpen tdi…
try la donlod gamba eksiden tu nanti…
friendster ni kekdg mmg biol sket..
Leez Omar - tu la, kekadang naik menyampah pun ado dengan friendster nie…..
huhuhu
kang pakat2 pindah kek lain kang, ado lak yg kochik atie eh….huhuhuhu