Mengamit Teman Lama
February 6, 2009 by mazaaida
“Woit, Syahril!”
Sebaik maza menongkatkan motorsikal Yamaha Baby R1 Lagenda 115, maza terus melangkah masuk ke pintu pagar Utusan Publication. Tidak semena-mena maza terserempak dengan seorang lelaki yang sudah lama tidak ketemu.
Teman ini pernah mengaji bersama-sama maza di salah sebuah institusi pengajian di ibukota. Satu jabatan, satu jurusan.
Hampir lima tahun kami tidak bersua muka. Kali terakhir kami bertemu ketika beliau masih bekerja di Bank Negara, kemudian berpindah ke Citibank.
Kini Syahril sudah bertukar angin. Beliau menjawat jawatan Eksekutif Pemasaran di Utusan Pulication & Distribution Sdn. Bhd.
Syahril menyambut kehadiran maza dengan terhegeh-hegeh mengangkat sekotak air mineral untuk dipamerkan di atas meja jualan Kelab Kakitangan Utusan Publication.
“Eh! Macam mana kau boleh berkerja di sini”
“Ginilah. Aku sebenarnya mencari ‘kebahagiaan’. Hidup di tempat dulu tu tidak memberikan ketenangan. Jadi aku berhenti. Akhirnya aku berada di sini.”
Gelagat kami yang lagak seperti orang melepaskan kerinduan itu diperhatikan oleh seisi umat yang sedang membeli belah di Pesta Buku Utusan.
Pesta buku ini berlangsung di Taman Shamelin Perkasa, Cheras sehingga 8 Februari 2009. (maklumat lanjut sila lihat di blog ini ..Klik di sini (RMN))
Kunjungan maza ke sini sebenarnya untuk bertemu editor tersohor iaitu Rozlan Mohamed Nor di atas kapasiti penulis.
Sambil melirik di gerai Kelab Kakitangan Utusan Publication, maza sempat bertanya kepada En. Rozlan, “Cintaku di mana?”
“Tu dia?”
Cinta seorang ‘kaki blog’ mulanya cuba berselindung dari selendang hitam yang dipakainya. Agak malu-malu di situ. Tetapi mata maza sempat menikam wajahnya.
Mungkin kehadiran maza sudah dihidu oleh Cinta sejak mula lagi. Lalu Cinta cuba mengawal keghairahannya. Sebab itu jugalah, segala tingkah laku brutal cuba dikawalnya.
Itulah kali pertama maza dapat bertentang mata dengan Cinta. Pada kebiasaan kami hanya mesra di alam maya. Tetapi kali ini dari wajah ke wajah.
Dari pemerhatian maza, Cinta sememangnya seorang gadis yang ayu. Namun setelah beberapa jam bermesra, akhirnya watak yang diselindunginya terpacul juga. (Kalaulah ada masa tambahan lagi, barangkali keakraban kami mampu menjadi seperti adik beradik – tapi mak lain, bapak lain … huhuhu)
Kali ini bukan sahaja maza bertemu dengan Rozlan bahkan sahabat lama Syahril dan Cinta.


Dapatkah kau cari kebahagiaan di pejabat aku tadi? Sekurang2nya kau bersua CINTA yang malu2 kucin!! hehehe
Terima kasih En Maza, kerana sudi dtg dan memeriahkan gerai air saya. Ayu ke CINTA tu hahaha? Masa malu-malu kucing mmg nmpk ayu, kalau dah kuar dari selendang hitam dia tu, baru maza tau..lain kali kalau ada kesempatan boleh la kita besembang2 ye. CINTA sudi jadi adik angkat En Maza..hehehehe
terkejut neeza.. husband neeza pun nama shahril.. tapi spelling lain kan..
maza nak jadi penulis ke?? nak buat novel ke? kalau siap nanti bagi tahu ya
Ooo….jumpa geng lama rupanya…. mestilah best!
Entah bila Tie dapat jumpa dengan bestfriend tu…., ada rezeki ke…hmm….
Roslan- hehehe
malu2 kucing. Sekali jumpa tikus, terus tegak … tegak ekornya.
wahh… seronok la jumpa kwn lama ye.
p/s…maza ke yg tinggi atau depa2 standard height je.hihihi!!!
Cinta - aderkkk!! Mabuk lak den dibueknya…..hehehhee
Neeza - kalau bertemu betul pun, apa salahnya…heheheheh
Erk! Belum lagi novel, tapi ada bau2 bacang gak ler. Nanti bila dah diterbitkan tahun depan, maza bagi tau yea… jgn lupa, belilah barangan buatan Malaysia…….hehehhehe
tie - siapa? Si Azie tu ke?! hmm.. kalau asyik berkurung aje, manakan nak jumpa… Apa lagi, pakailah jacket… kita kembara mencari azie…..hehehhhe
ain - heheheh… kata org jawa, yg Ganteng itu lah maza,…. hahahahahha
(psst: erk! tak main ler pijak tong! Atau main teknik2 silap mata utk kasik tinggi meninggi nie…..hehehhehe)
maza: kekadang budaknya cute, tapi eksyen aje yg lebih…..huhuhuhu
saya jarang sangat bertemu kenalan lama..entah kenapa
Kujie - hmm adakalanya elok juga kalau kita menyusul mereka…