Sambung Belajar: Graduasi
February 10, 2009 by mazaaida
“Kau ni. Masa kecik-kecik tak nak belajar bersungguh-sungguh. Dah besar panjang, anak dah beranak-pinak, baru ingat nak belajar balik! Apa kau dah buang tebiat ke? Siapa nak tanggung anak bini kau nie? Aku tak sanggup lagi dah.”
Emak tidak menyetujui cadangan maza. Maza tertunduk sayu. Sedih dimarahi olehnya. Sokongan yang diharapkan, lain pula jadinya. Sokong membawa rebah.
“Ah’ah Mak. Along tu nanti, bila dah belajar tinggi-tinggi, dah jadi graduan, mulalah tak ingatkan kita. Entah-entah lupa anak bini pulak. Mulalah dia pasang angan-angan nak berbini lagi satu!” adik ipar maza menambah perisa keperitan.
“Tidak. Abang janji, abang tak sia-siakan sesiapa pun. Emak tak payah susah-susah keluarkan belanja. Duit orang rumah abang pun abang tak akan usik. Abang akan kerja lebih masa. Kalau perlu, abang akan kerja part time untuk menampung yuran kuliah.
Apa yang penting sekarang ini ialah restu dari emak. Mudah-mudahan perjalanan abang dan keluarga ini diberkati dan berjaya”
“Ell … leh … lelaki memang macam tu. Belum dapat, bagai menanam tebu di hujung bibir. Tabur janji aje, buat belum tahu!” pendapat wanita yang stereotype terpacul dari adik ipar maza.
Kemudian emak menambah lagi, “Huh! Payah aku nak cakap dengan engkau ni. Dulu masa suruh pergi sekolah, siap panjat pagar, berlari balik. Lepas tu, bila besar sikit malas nak belajar. Ha! Apa pendapat kau Aida?”
“Errr … saya ok aje mak. Selagi abang maza tak menyimpang, betul cara dan niatnya. Saya tiada masalah. Lagipun kalau saya halang, seribu satu alasan lagi abang maza boleh buat. Ada aje tu karang. Bukan mak tak kenal anak mak seorang tu”
Walaupun berbunyi agak masam-masam pahit, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan isteri maza sudah dikira menyinarkan isyarat lampu kuning.
Lampu hijau, masih menantikan keputusan emak.
Apakan daya, bila dah besar panjang seperti ini barulah teringat hendak belajar. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke liang lahat.
“Hmm .. Kau mesti janji. Lepas lulus nanti jangan kau nak gatal-gatal sampai tak ingat anak bini. Mentang-mentang dah punya ‘lesen besar’, kau lupakan anak bini pulak. Sudah! Lepas ni belajar bersungguh-sungguh. Ini last. Lepas ini emak tak nak dengar apa-apa lagi. Tau!”
“Yahooo…” dua tangan maza tergapai-gapai ke udara seumpama burung kelicap menghisap bunga.
Ah! Memang salah aku juga. Dulu masa sekolah tidak mahu belajar bersungguh-sungguh.
Tetapi, sebenarnya maza tidak mahu membebankan orang tua. Menyambung pelajaran ini memerlukan kos tinggi. Dulu masa belajar di Institusi Pengajian di Kuala Lumpur hutangnya masih berbaki.
“Lantahlah! Yang penting aku telah register dua bulan yang sudah. Sekarang ini aku perlu fokus. Peperiksaan semesta akhir sudah hendak bermula. Aku perlu fokus. Fokus untuk lulus ujian atas jalan raya pada 18.02.2009.”
Semenjak mendaftar di Sekolah Memandu SKEM, Gombak, Kuala Lumpur, maza dengan tekun mengikuti kelas lesen memandu B penuh.
Walaupun sudah punyai lesen B2 (lesen motorsikal 250 cc ke bawah) tetapi segala tipu helah dan teknik sudah lupa.
Walaupun ujian B penuh (lesen motorsikal 500 cc ke atas) hampir serupa dengan lesen B2, ulangkaji dan sokongan amatlah diperlukan.
Jadi, maza mohon doa kalian untuk mempermudahkan urusan maza, lulus dengan cemerlang dan sempat graduan di pesta konvokasyen nanti!
Akhir kalam - “Betemu Di Kemuncak Kejayaan”
maza: cerita cita-cita
hek hek….ingat nak ye ye nak sambung belajar kat U, rupanya kat sekolah mandu….he he he ….kita no hal punya….
dan janji mesti ditepati hehehehe…
Ya Allah maza…buat suspen betullah awak ni. Mati2 le ingat nak belajar luar kampus…rupanya takat nak upgrade lesen mandu je. Alahai maza…maza..!!!
p/s..apa2 pun saya doakan awak lulus dengan cemerlang!!!
Hehehehe…Masuk blog maza ni..kalau tak ketawa sorang2 depan pc memang tak sah..ada aje celotehnya..hehehe..
Beria-ria..ingatkan nak sambung buat Ph D (ke maza dah ada PhD?)..rupanya masuk kelas memandu..aduilaaaa.. Apapun, semoga maza lulus dengan cemerlang…hehehe
Kah kah kah!!
Kali ini Tie memang betul2 tertipoo……..
Wah…..dah makin hebat ni……
Ingat nak ambil PHD seperti yang Tirana katakan tu?? Dah pandai klentong, ekk…..tak pe….. Lain kali kena berhati2 bila baca entry Maza ni….hi hi….. Tersengih Tie sorang2 ni.
aida - thank you laling… hehehe.. sokongan laling amatlah diharapkan….hehehehhe
ain - erk! boleh ler kira macam pengajian luar kampus gak ler… kat luar bilik kuliah di padang sambil menungang motor….hahahahha
Tirana - PHD belum lagi… yg SPM tu pun semput puput nyawa wooo…….hehehehhe
Tie - kata Cikgu Hawa, hati-hati di jalan raya….. wakakakakaka
lorrr… ingatkan nak sambung Masters ka…
den teringat maso nak amik lesen P motor..
skali sekolah memandu registerkan den amik lesen B daa…
den harung yolah… last2 lopeh takat lesen L yo..hehe..:D
Hahahaha…Maza neh buat suspens betul la. Saya dok terbayang la yang Maza akan amek sijil pada tahap yang paling tinggi kat U. Rupanya nak upgrade lesen memandu. Ayomak aiiii…saya tertipu. Ni tengah gelak sengsorang depan pc neh…hahaha
Papepon, Maza…good luck ek. Semoga lulus dengan cemerlang.
hahahahaha!!! ingatkan nak gi obersee nak sambung PhD.. baru nak bagi comment.. boleh bawak family tu..
rupa2nya nak ambik lesen motor.. kehkehkehhh…
tapi kan boleh gak bagi nasihat.. esok beli motor besar.. jangan naik sorang2.. bawak aida tu sama.. :))
Maza, nekcun sokong penuh cita-cita Maza tuh… tapi macam adik ipar Maza kata tu ler… bila lesen dah besar kenalah beringat… jangan ingat lesen awak tu ‘lesen agong’ dan buat jalan raya tu awak yang punya!… (Ni nekcun warning ni ngan tangan siap tunjuk kat hidung Maza nih!…hehehe)…
nekcun sokong bukan aper… bila dah sume geng macam Maza naik motor, jadi kuranglah sikit jem di jalanraya tuh!… so nekcun plak yang nak speed dan konar baring kat jalan raya tuh!… hehehe….
jom kita lumba!… Maza atas motor tapi nekcun dlm kereta!… camna? Alright tak?…hehehe…
Lela - hehehehe… moga2 maza lulus penuh…
Neeza - camner nak naik berdua, sbb tempat duduknya hanya ada satu!
(psst: memang sengaja nak beli yang satu seater jerk…kahakahakhahaha)
nekcun - uik! Gigi dah nak tanggal dah nek oiii…. boleh lagi ker nak koner baring tu….hahahaha
erk! lagipun nak merempit dgn maza… kedengaran mcm tak adil lah pulak… nekcun dgn mercedez, maza lak dgn baby R1 huhuhuhu….
tak adil! dunia ini tak adil….huhuhu
:p …
hahahaha……. apa la maza nie. bt nrvous je. slalu mcm tu tau…hahaha
Selamat berjaya Cinta ucapkan pada maza. Lepas dapat lesen penuh ni lagi berdesup la maza balik Kuantan ek. Mau lari 180 atau 190km/h. Haha..
Hehehe (dgn senyum smpai telinga…tp maintain jelita)..
Best..best..suker bc…
hehe… Good Luck Bro…
Good luck !
ha..ha.. dh agak dh ni mesti ade kaitan ngan motor….andaian kita tepat sekali…..tapi klu dh lesen yang ambik tu dah abis cc cuba-cuba ler tukar lesen lain lak….buldozer ke, forklift ke atau yg seangkatan ngan nye. baru la multipurpose…..
fuyohhh, nak amik lesen besaooo tewwww.. ekeke
WAHAHAHAAHAHAH mmg terbaek la crita ni!
semoga ko dapat anugerah dekan untuk pengajian ko nih. Jgn lupa jemput aku pada mjlis konvokesyen..nak kasi hadiah bunga … hehehe bunga tayar!!! amacam.
nono - la, maza tak sengaja la……hahahhaa
cinta - kata polis jangan….tapi kalau bawa slow2, mana tau kita sedang menungang moto besar kan?!
hehhhe
Fatt - rajin2 lah ke sini!
Aini Zuraida heheheh terima kasih sis
jijah HMFD - terima kasih! apa2 hal pun kesian kat jijah, sampai kena House Mouth and Foot Diseases….ishk ishk ishk
nanti nak masuk tido basuk kaki dulu tau!
ros - uik…. tak berjayo gak den nak memikat bungo yo! heheheh
tapi cadangan ekau tu sesungguhnya bernas… terutamo lebeh praktikal bila ekau sponsor-kan….wakakakaka
en_me - alahai en_me, tak ler sebesar si kuda putih iteww!
heheheh
Adila - welcome to maza world missie…hehehe
Rozlan - huhuhu….bunga tayar pun, bunga tayar lah…..boleh gak jimat sikit duit aku nak ganti tayar nanti…..
wakakkaka
Adila…….tak sangka betul2 datang nak berkenalan dengan pokcik Maza tu……kah kah!!
Maza, jangan lak nak kenyit2 mata……kang lebam lak! hi hi…..
Tie - apa boleh buat… kalau dah jodoh tak ke mana….
Tak baik cemburu2 tau, tie….
(psst: mesti baca dgn gaya innocent.. baru ler feel…)
wakakakak
HAHAHAHAHAHA sy dtg tumpang lalu la kak tie
alang2 lawak yg best, sy tumpang gelak golek2 skali


kak tie jgn risau.. sy still SETIA kat kak tie
WAKAKAKAKAKAK
Adila - hmm mampukah tie bahagikan kasihnya sebahagian utk maza?! hmm?
hmm … adula tak yah gi mana2 dok sini je pun boleh….nanti maza bagi gula2 yea….. dgn belanja air sky juice…
……wakakakak…..
hehe..kelakar la cerita ni..
punyala saspen membacanya dr awal..tup2 cerita pasal sekolah memandu rupenyer..
anyway..good luck sdr maza.. ^_^
moga lulus lesen yang diimpikan tu..~
nadinezuharra - hehehe… welcome to maza world….
kata org; full of surprise….. tapi bagi maza: entahnya! …
wakakakka
2@ 3 kali tak lulus word kat captcha tu…malas arr nk komen
dah abis idea dah….
Kujie - hanya mereka yg sabar jer mampu melepas ujian pertama tu G..hehehhe
tapi tak pe.. lain kali save dulu kat tempat lain.. kemudian postkanlah..
huhuhu……
maza tak boleh buat apa2, sbb Friendster nie datang sekali dgn package tu… tak blh bak disable kan…huhuhu
harap ampun ya kengkawan…..jgn serik2 datang lagi tau!
uwakkkk… sedihnya…
takkan gula2 je? kasi la air sirap~ hihi
mcm mana nih?
kak tie goda sy dgn ikan percik
Kujie, tricknya tak payah tulis kedua2nya…. Kekadang tak boleh baca, so…Tie tulis satu perkataan je…menjadi juga… biasa Tie tulis gitu laaa…. malas nak layan, he he..
Wah, Maza…. dah bertambah peminat ni! Tak nak buat rumah terbuka, ke?? Jemput2 makan ke?? Peminat dah ramai…..kena murah hatilah sikit……..
sabarrr jo lah..inagat masuk “Universiti” rupernyerr “UNicar”..hehehe…apa-apa pun good luck lah for your final test tu..hehehe
Adila- apa, Kak Tie goda dgn ikan percik?!
Kwang, kwang, kwang…..bahaya tu, ikan ada banyak tulang… kalau tercekik, boleh mudharat…
Maza bagi rahsuah asi krim Malaysia. Apa macam?!
hehehehe
Tie uiks! bendalah ni pun ada main trick2 ker?
maza sendiri pun tak tau! Terima kasih Tie..
Cantik gak idea Tie mintak dibuatkan kenduri tu…
Bolehlah datang ramai kat lamat ini:-
http://mazaaida.blog.friendster.com/?s=sambal+ketuk
Ahmoi - tak nak sambung belajar sama dgn maza ker?
hehehehehh
air krim msia tu desert!
main dish??!!! ngehahahah
demanding la pulek kan~
Adila - aderkkk! Boleh demam den mcm nie!
dah sejuk2 badan dah nie….
wakakakkaka
salam, uish gabra wex bce… tul2 terkene den… hahahaha….