Terang Hati
February 27, 2009 by mazaaida
“Sadhaqallah hulazim. Esok maza boleh beralih ke surah lain pula, ya.” Atok Dara menamatkan sidang mengaji pada malam itu.
Dari riak lentuk lampu pelita yang samar, Atok Dara memulakan kembali bicara.
———“Atok nak cerita sikit tentang junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi kita tidak pernah ketawa terbahak-bahak. Waema nampak sesuatu yang amat lucu sekali pun, baginda hanya sekadar tersenyum.
Pernah Nabi S.A.W melihat gelagat isterinya, Aishah, yang kelakar. Lalu baginda berasa geli hati yang amat sangat. Baginda hanya tersenyum lebar hingga menampakkan gigi putihnya.
Lagipun, kalau kita ketawa terbahak-bahak, akan menggelapkan hati. Orang yang gelap hati susah hendak mendapat hidayah. Orang yang tidak mendapat hidayah tidak akan dapat petunjuk. Dan dia akan sesat. Bila sesat akan banyak buat dosa.
Lepas banyak dosa, dia akan dimurkai oleh Allah S.W.T. Apabila Tuhan marah, kita akan masuk neraka. Faham?!”
Maza hanya sekadar mengangguk-anggukan kepala sambil memeluk muqqadam di dada.
“Dah. Sekarang ni pergi simpan muqqadam baik-baik.”
Maza bangkit lalu meletakkan muqqadam bersama rehal di atas gerobok di ruang seri rumah.
Di luar rumah cengkerik sibuk mengeselkan kakinya. Lalu memancarkan bunyi nyaring memecahkan sunyi malam. Katak saling cabar mencabar, sambil memohon hujan agar turun. Angin malam menghembus layu membawa dingin bersamanya.
Sambil menepuk-nepuk bantal maza cuba berbaring. Di atas tikar mengkuang, di dalam bilik tanpa berpintu itu, maza masih terkebil-kebil. Terkial-kial sendirian.
Fikiran menjadi ribut. Mata tidak mahu lelap.
Tidak senang dengan itu, maza pergi mendapatkan lampu picit di balik bantal ayah. Lalu memasangkannya.
Lampu picit yang sudah menyala itu dihalakan ke dada. Kemudian diarak ke perut. Tidak cukup dengan itu, kembali ia mencerah di belakang tubuh leper ini. Kelihatan beberapa kerat tulang selangka.
“Eh! Kau buat apa tu?”, emak menyoal sambil mendapatkan tempat tidurnya di sebelah maza.
“Abang nak ‘TERANGKAN HATI’. Siang tadi abang banyak main dan ketawa galak, terbahak-bahak”
“Uhuk! Uhuk!”, dari tiang seri, di ruang tengah rumah Atok Seman membetulkan suaranya. Atok Seman mengurut dada yang pepes itu sambil terbatuk-batuk kecil.
Kemudian Atok Seman bangun sambil melangkah ke pintu. Lalu dia membuka pintu itu sebelum menuruni tujuh anak tangga.
“Awak nak ke mana pulak tu?”, periksa Atok Dara kepada suaminya sambil menggobek sirih.
“Nak ke baruh sekejap. Ke kedai Jantan. Nak TERANGKAN HATI dengan api rokok. Rokok daun aku dah habis.”, Atok Seman berlalu dengan bersahaja sambil menggulum gusi tersenyum simpul.
Genuine Idea by maza
Nak ketawa terbahak2 takleh…
Cuma mampu tersenyum manis (sambil membaca..)
Dalam baik mengena…
Adus… tepat sungguh panahan itu!!!
Hehehehe..patutla hati Maza terang benderang sekarang ye sebab dari kecik dok suluh dengan lampu suluh..
Tapi boleh ke hati diterangkan dengan rokok… Saya rasa hati akan jadi hitam legam kena asap rokok kot..hahahha..
hihihi…ingat nak ketawa bahak2…tp takut le pulak ht tak terang nanti..tapiiiiii entry2 seblm ni dah ketawa sampai golek2 dah…
Maza memang pandai buat cerita la. Seronok baca cerita Maza. Tersenyum baca pasal cengkerik dan katak tu…hehehe.
Maknanya sejak dari kecil la ek Maza dok terangkan hati dengan lampu suluh…hehehe. Bijak betul…kikiki.
Terangkan hati dengan rokok tu…errrrr…macam sindiran je tuh…hikhikhik…
Tie tak pernah ketawa terbahak2.
Biasanya ketawa bunyi hi hi hi……….
Aloo girls … Selamat pagi … hehehehe
Fatt, Tirana, ain, lela, tie - Terima kasih kerana menyinggah … meh jemput sarapan dulu…
hehehhehe
Kah kah kah…erk..lupa lak…takleh gelak kuat2. Kena
je.. hehe
Patutlah syah asyik nak hisap rokok. Rupa2nya boleh terangkan hati…hehehheheh
Maza, ada satu cara lagi nak terangkan hati… makan kueh bulan banyak2… gerentee terang hati… hehehe… (nekcun tak gelak tau!… sengeh ajer!…hehehe…)
eeemmm……..
jom kita terangkan hati!!! hehehh… tu senyum tak nampak gigi.. nampak gusi aje.. hahaha!!!
erkkkk!!! kreatif betul! hahaha
emm,ramai ye aweks2 kat sini..baru saye perasan..hihi
tula,tgk lelaki hisap rokok gayanye mmg layan perasaan abis..terang ati ke isap rokok ni..?
*yang terpakse hidu asap ni yg tak tenang..isk2
CINTA - ahaks! heheheh
jijah - elok bara rokok dimasukan sekali ke dalam perut tu!
heheheh
nekcun - ‘kuih bulan’, awas yang haram!
hehehheh
Kujie - uiks!
Neeza - uiks! Takkan ler emak Sumeyyah dah tak der gigi gak?
hehehhehe…..
Adila - heheh, nak tangkap gambo lawo2 mcm adila tak boleh…. ni ajelah pesembahan beta……hehehheh
(erk! senyum jerk tau)
nadin - uiks! maza pun tak persan lah?
hehehehhe
ha ha ha…torkono den, ingatkan sajo jo nak main2 lampu pasal boring, ruponyo nak torangkan hati…torkono….torkono….aduhhhhh…
cubaan yang bagus maza.. seolah olah diingatkan supaya tak gelak sungguh2 pada mulanya dan bangganya kita berjaya untuk tidak gelak seperti biasa.. walaupun hati ini seolah2 digaru2 kegelian.. ehehe (tengah senyum sambil menampakkan kedua-dua lesung pipit di pipi)
tapikan, kita pun nak kawal diri daripada gelak sungguh sungguh nie. pasal mmg tak elok.. insha allah saya nak cuba. huhu..
ni based on true story ke brother maza? comel je gi suluhkan lampu bagi hati terang.. hehe
aida - sabar aida, sabar! hehehhe
nono - uhuk uhuk uhuk!…..lebih kurang ler base on true story….hehehheh
maza pernah ler suluh badan sendiri, tapi tak ler dalam kes di atas…hehehheeh
maza,
selalunya terbahak-bahak dalam hati je… bila didepan kan… senyum gigi pun tak nampak tau. (ahakksss… adakah pagar dah roboh… hihi)
Atuk tu nak terangkan hati ke nak bakar hati? Isk Isk.. org lelaki memang pandai cari alasan. ehh ehhh kome pun org lelaki jugak. Alahai…
lawak lawak sayang tewwww.. ekeke